Kami menyediakan pakej perkahwinan lengkap - pelamin, andaman, pakaian dan aksesori, Dj, Katering, Kanopi.
Selasa, 17 April 2012
Sabtu, 14 April 2012
en azari & pn norsalawati
en azari & pn norsalawati...12 apr 2012.
segalanya telah selesai dengan izin Allah..syukur alhamdulillah apa yg dirancang berjalan dengan lancar...terima kasih pada pihak utama kerana memberi kepercayaan penuh kepada syarikat kami utk memenuhi impian mereka...kami telah berjanji akan sedaya upaya memberi yg terbaik juga memuaskan...
segalanya telah kami kotakan..semoga pihak utama berpuas hati dengan hasil kerja kami..ampun maaf jika pihak utama letih melayan karenah kami ketika sesi fotografi semuanya adalah kerana kami ingin memberi anda pose yg terbaik kerana setiap pose menceritakan betapa indahnya dan bahagianya pasangan itu...
kami mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada en azari juga pn norsalawati kerana telah menjadi pasangan yang sah...kegembiraan terpancar di setiap senyuman yang terukir...semoga sabar dan tabah menempuh setiap dugaan dan cabaran di dalam kehidupan alam rumahtangga..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri...
kebahgiaan dan keindahan alam rumahtangga terpancar dan dirasai jika kita saling bertolak ansur ..mempercayai...jujur...kelembutan dalam pertuturan amat penting dalam perhubungan kerana ia mengeratkan dan cara pertama kita mencegah pertelingkahan...
semoga kekal hingga ke hujung nyawa...aminnn
Langgan:
Catatan (Atom)